Khamis, 16 Februari 2012

VECASTS - Listen Online Radio Watching Online Tv: Tv3 Online Malaysia Server2

VECASTS - Listen Online Radio Watching Online Tv: Tv3 Online Malaysia Server2: SILA KLIK DEKAT LOGO TV 3 UNTUK MENONTON TV3 MAKLUMAT PENTING : Ada ketikanya sesetengah saluran tidak akan berfungsi disebabkan masalah of...

Selasa, 31 Januari 2012

HARGA  MINYAK NAIK 44%

Naikkan harga minyak 44%

JAKARTA 31 Jan. - Naib Menteri Tenaga Indonesia, Widjajono Partowidagdo berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan harga minyak sehingga 44 peratus pada tahun ini.
Menurut beliau, tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban kerajaan yang menanggung subsidi tinggi dan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur.
"Idea itu telah mendapat sokongan daripada orang awam, ahli akademik, ahli perniagaan dan beberapa penggubal undang-undang," tambah Widjajono.
Namun di Indonesia, sebarang kenaikan harga minyak memerlukan perubahan dalam undang-undang dan kelulusan Parlimen serta Presiden.
Beberapa penggubal undang-undang turut menentangnya kerana bimbang akan melonjakkan inflasi serta menyebabkan ketegangan sosial.
Harga minyak subsidi di Indonesia pada ketika ini ialah 4,500 rupiah (RM1.52) seliter, hampir separuh daripada harga sebenar dan antara terendah di Asia.
Kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak 161.8 trilion rupiah (RM55 bilion) setahun dan pakar ekonomi berpendapat, lebih baik wang itu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur yang teruk di negara ini.
"Kami akan meningkatkan harga minyak antara 1,000 hingga 2,000 rupiah (34 sen hingga 68 sen) tahun ini. Namun peningkatan itu akan dibincangkan terlebih dahulu di Parlimen," kata Widjajono. - REUTERS
KEPALA BABI DI MASJID NURUL IMAN

Wednesday, February 1, 2012


Kisah kepala babi di Masjid Nurul Iman

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid.Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.
Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum  semakin hampir.
Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.
"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.
Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.Tindakan provokatif Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.
Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.
Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka. 

Jumaat, 13 Januari 2012

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

ASKAR AS KENCING MAYAT MILITAN TALIBAN

                                                                Beginilah nasib umat Islam seluruh dunia kini.dihina dimata dunia,tambah-tambah lagi dimata AMERIKA.Bangunlah wahai umat islam seluruhnya,perjuangkanlah islam kembali GEMILANG seperti dizaman RASULLAH dan SAHABAT-SAHABAT Baginda.